Pengenalan



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

            Program Derma Darah Bergerak diadakan setiap minggu di daerah Batu Pahat dan kawasan berdekatan, Ini bertujuan memastikan stok darah sentiasa Sultanah Nora Ismail dan juga Hospital Swasta Daerah Batu Pahat.




       Keperluan Darah di Hospital Sultnah Nora Ismail, Batu Pahat adalah sebanyak 900-1200pint darah setiap bulan. Anggaran peningkatan keperluan darah di Hospital adalah sebanyak 5- 10% setiap tahun. Oleh itu, program derma darah yang tetap amat diperlukan untuk menampung keperluan Unit Tabung Darah. Carta berikut menunjukkan jumlah kutipan darah & penggunaan darah di Hospital Sultanah Nora Ismail sejak tahun 2019 sehingga sekarang :

           Kami amat bersyukur kerana terdapat banyak penganjur  di Daerah Batu Pahat yang aktif menganjurkan program derma,  demi membantu Unit Tabung Darah Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat memastikan stok darah sentiasa mencukupi. Ribuan terima kasih, pihak kami ingin berikan kepada mereka. Kami berharap aktiviti ini akan diteruskan, juga mengalakan lebih banyak pertubuhan/persatuan/institusi & lain-lain  menganjurkan program derma darah.