--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Program Derma Darah Bergerak diadakan setiap minggu di daerah Batu Pahat dan kawasan berdekatan, Ini bertujuan memastikan stok darah sentiasa Sultanah Nora Ismail dan juga Hospital Swasta Daerah Batu Pahat.
Kami amat bersyukur kerana terdapat banyak penganjur di Daerah Batu Pahat yang aktif menganjurkan program derma, demi membantu Unit Tabung Darah Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat memastikan stok darah sentiasa mencukupi. Ribuan terima kasih, pihak kami ingin berikan kepada mereka. Kami berharap aktiviti ini akan diteruskan, juga mengalakan lebih banyak pertubuhan/persatuan/institusi & lain-lain menganjurkan program derma darah.